Wednesday 4 December 2013

PRAY FOR KUANTAN

AllahuRabbi...

Kuantan hampir lumpuh dengan 50% kawasan ditenggelami air.

Permandangan dari atas Megamall

Banjir besar yang jarang-jarang berlaku pada musim tengkujuh. Banjir kali ini menyamai banjir besar yang pernah berlaku pada tahun 2001(betulkan jika saya tersilap) 

Terminal bas ekspress baru ditenggelami air

Kawasan terjejas teruk ialah Perumahan Sg. Isap, Permatang Badak, Bukit Rangin, Indera Mahkota, Beserah, dan pusat bandar Kuantan.

Gambar dari Harian Metro


TNB terpaksa memutuskan bekalan elektrik hampir ke seluruh kawasan di Kuantan untuk keselamatan.

Bila bekalan elektrik diputuskan, secara automatik kami juga tiada bekalan air bersih.

Pencawang elektrik di Indera Mahkota

In sya Allah saya akan menulis lebih detail bila berkesempatan kerana saya juga ada pengalaman tragis yg saya ingin kongsikan nanti.

For now,

LETS PRAY FOR KUANTAN

Terlalu ramai keluarga termasuk anak-anak kecil menderita akibat kesejukan dan kelaparan.

"Ya Allah ya tuhanku, ampunilah dosa-dosa kami dan pulihkanlah keadaan banjir di tempat kami kerana terlalu ramai yang menderita termasuk anak-anak kecil Ya Allah... Amin.."

No comments:

Post a Comment