Wednesday, 29 January 2014

JANUARI BULAN PENUH UJIAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi.


Bulan Januari hampir melabuhkan tirainya.
Jika bulan Disember 2013 Kuantan dilanda banjir besar, bulan Januari pula Malaysia dilanda fenomena cuaca sejuk dan angin kencang.


Cuaca yang agak aneh ini menyebabkan anak-anak kecil mudah terkena pelbagai penyakit seperti demam, batuk, selsema dan asma.


Anak-anak saya pun turut mengalami masalah kesihatan yang berlanjutan walaupun telah mengikut segala langkah-langkah kesihatan yang dirasakan perlu.


Siapalah kita untuk melawan takdir..walau kita sedaya upaya berusaha mencegah.

Ditakdirkan juga ibu saya mengalami minor strok pada minggu lepas.


 Alhamdulillah setelah sehari semalam diselimutkan dengan Bio Velocity Sleepmate, ibu saya mula menunjukkan perkembangan yang di luar jangkaan.


Saya akan kongsikan cerita ibu saya dan BVSM di ruangan ini di masa akan datang..In sya Allah..

Banyak lagi ujian dan dugaan yang saya alami sepanjang Januari ini.  Ianya memberi pelajaran untuk saya tempuhi hari mendatang.

Semoga hati saya terus tabah untuk menerimanya kerana percaya ada hikmah tersembunyi di sebalik setiap dugaan itu.


Sehingga berjumpa lagi..
Mariya

Tuesday, 14 January 2014

SELAMAT DATANG 2014!!





2013 pergi berlalu dengan seribu pengalaman dan pelajaran..
Pahit manis suka duka telah berjaya ditempuh dengan redha dan kesyukuran.

2014 datang menjengah.
Yang pasti, akan datang pula cabaran baru bagi menguji diri sebagai umatNya.
Insya Allah saya akan terus bersedia untuk menerimanya.

Impian tahun ini...

1) Ingin memajukan online business yang diusahakan dengan membuka lebih banyak peluang kepada kaum Melayu untuk memajukan diri.

2) Meluangkan lebih masa untuk keluarga dan ibadah. Have to work smart, baru la boleh spent more time for kids and beramal..kan..?

Ok..enough la 2 wishlist dulu..kalau banyak sangat wishlist, nanti tak mampu nak fokus pulak..heeee...

Semoga kedatangan 2014 membawa rezeki dan keberkatan hidup untuk kami sekeluarga.
Semoga Allah tabahkan hati kami untuk menempuh cabaran baru di tahun 2014.
Amin....