Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi.
Bulan Januari hampir melabuhkan tirainya.
Jika bulan Disember 2013 Kuantan dilanda banjir besar, bulan Januari pula Malaysia dilanda fenomena cuaca sejuk dan angin kencang.
Cuaca yang agak aneh ini menyebabkan anak-anak kecil mudah terkena pelbagai penyakit seperti demam, batuk, selsema dan asma.
Anak-anak saya pun turut mengalami masalah kesihatan yang berlanjutan walaupun telah mengikut segala langkah-langkah kesihatan yang dirasakan perlu.
Siapalah kita untuk melawan takdir..walau kita sedaya upaya berusaha mencegah.
Ditakdirkan juga ibu saya mengalami minor strok pada minggu lepas.
Alhamdulillah setelah sehari semalam diselimutkan dengan Bio Velocity Sleepmate, ibu saya mula menunjukkan perkembangan yang di luar jangkaan.
Saya akan kongsikan cerita ibu saya dan BVSM di ruangan ini di masa akan datang..In sya Allah..
Banyak lagi ujian dan dugaan yang saya alami sepanjang Januari ini. Ianya memberi pelajaran untuk saya tempuhi hari mendatang.
Semoga hati saya terus tabah untuk menerimanya kerana percaya ada hikmah tersembunyi di sebalik setiap dugaan itu.
Sehingga berjumpa lagi..
Mariya